Kelayakan Asas
Penjaja dan peniaga/ pengusaha kecil yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon :
Bumiputera dan berumur 18-60 tahun.
Mempunyai lesen /permit/daftar perniagaan yang sah.
Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00.
Semua penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon. Antara jenis aktiviti /premis perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :-
Gerai Tetap Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan dan minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.
Gerai Bergerak Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari, pasar tamu dan lori/van bergerak.
Kedai Tetap
Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.
Perniagaan Perkhidmatan Seperti jahitan, salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel motor, mekanik radio/TV, membaiki peralatan elektrik, pengiklanan dan membuat papan tanda, membaiki kasut, tuisyen dan taman bimbingan kanak-kanak.
Perkhidmatan Pengangkutan Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah, bas kilang dan kereta sewa.
Pembuatan Seperti industri kecil memproses makanan ringan, makanan basah dan kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih-muih.
hubungi saya di 012-7752839 atau email ke ejenloan@yahoo.com...atau msj ke inbox FB saya.TQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



sy bru brumur 18 thun..........ingin memulakan perniagaan runcit tetapi mmerlukan kos sbnyk 15k...adakah saya layak untuk meminjam sdgkan sy blm lg bkrja dan tdk mmpunyai slip gaji...serta kwsp?
ReplyDeleteorang sabah boleh ke?
ReplyDelete