Friday, April 30, 2010

PEMBIAYAAN PERIBADI-i PESARA KAKITANGAN KERAJAAN/ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Pembiayaan Peribadi Pesara- i berlandaskan hukum shari'ah direka untuk memenuhi keperluan kewangan dan membantu pesara-pesara kerajaan atau tentera
yang memerlukan pembiayaan..

PEMBIAYAAN SEHINGGA RM100,000...
TEMPOH PEMBAYARAN SEHINGGA 15 TAHUN...

Kelebihan Pembiayaan..

* Kelulusan yang mudah..
* Ansuran bulanan yang tidak membebankan : hanya 1/3 daripada pencen
bersih..
* Tanpa penjamin atau cagaran..
* pembayaran Pembiayaan di keridkan daripada akaun pencen anda..
* Ansuran bulanan akan dibuat melalui potongan daripada jumlah pencen
bersih oleh pihak bank..
* Pembiayaan di lindungi oleh pelan takaful sekiranya pesara meninggal dunia..

Kelayakan

* Semua bekas penjawat Awam yang sedang menerima pencen perkhidmatan
layak memohon..
* Umur 67 tahun ke bawah layak memohon..
* Nama yang disenarai hitamkan juga layak memohon..

Dokumen yang diperlukan

* Salinan kad pengenalan Awam Pesara(depan & belakang)
* Salinan kad pesara / Bekas Tentera BAT D92D / D86D..
* Salinan kad pengenalan isteri (untuk pemohon lelaki sahaja)
* Salinan mengambil maklum isteri(untuk pemohon lelaki sahaja)
* Salinan buku pencen yang telah di kemas kini..

Untuk Keterangan Lanjut & Maklum balas/Permohonan..
Sila hubungi perunding kewangan: EN.AZMIR
H/P: 012-7752839 atau
Email : ejenloan@yahoo.com

Wednesday, April 21, 2010

Pembiayaan Perniagaan Penjaja dan peniaga/ pengusaha kecil

Kelayakan Asas
Penjaja dan peniaga/ pengusaha kecil yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon :
Bumiputera dan berumur 18-60 tahun.
Mempunyai lesen /permit/daftar perniagaan yang sah.
Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00.
Semua penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon. Antara jenis aktiviti /premis perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :-
Gerai Tetap Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan dan minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.
Gerai Bergerak Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari, pasar tamu dan lori/van bergerak.
Kedai Tetap
Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.
Perniagaan Perkhidmatan Seperti jahitan, salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel motor, mekanik radio/TV, membaiki peralatan elektrik, pengiklanan dan membuat papan tanda, membaiki kasut, tuisyen dan taman bimbingan kanak-kanak.
Perkhidmatan Pengangkutan Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah, bas kilang dan kereta sewa.
Pembuatan Seperti industri kecil memproses makanan ringan, makanan basah dan kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih-muih.

hubungi saya di 012-7752839 atau email ke ejenloan@yahoo.com...atau msj ke inbox FB saya.TQ

Pembiayaan dan Geran Kerajaan

Pembiayaan dan Geran

Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.



Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS:

· Skim kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

· Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)

· Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

· Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)

· Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

· Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

· Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

· Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB)

· Skim geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)

· Pinjaman


Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS:

· Institusi kewangan kerajaan

· Bank komersial

· Syarikat kewangan

PEMBIAYAAN PERIBADI-i MELALUI BANK

1.i) KHAS UNTUK KAKITANGAN SWASTA (8.5% SETAHUN)

Tawaran Pembiayaan Peribadi-i melalui Bank.. kami menawarkan:
-Had niaga tinggi sehingga 5 kali gaji kasar anda @ RM150,000 yang mana lebih rendah.
-Tempoh Pembayaran Ansuran Lebih Lama Sehingga 5 Tahun (60 Bulan).
-Juga Terbuka Kepada Lepasan universiti (Diploma & Ijazah) dan Bekerja Yang Bergaji Komisen-(Syarat Ada Payslip & Komisyen Di Bank-in).
-Dokumentasi MINIMUM.
-Minimun Gaji Asas RM1500.OO.
-Kerja Melebihi 6 Bulan.
-TIADA Penjamin.
-Perlindungan Takaful.
-Ansuran Bulanan Tetap. (KADAR RATA)
-Tiada Bayaran Tambahan.
-Tiada Penalti utk Penyelesai Bayaran Awal @ Bayaran Lewat.
-Rebet Untuk Penyelesai Byaran Awal.
-Tiada Caj-Caj Bayaran Tersenbunyi (FLAT RATE).
-Mematuhi prinsip antarabangsa & malaysia.
-TERBUKA JUGA UNTUK KAKITANGAN BANK LAIN..


.ii)Dapatkan Pembiayaan Peribadi Bank Melalui
Kad Kredit Anda Untuk Kakitangan Swasta.
-Had pembiayaan tinggi sehingga RM150,000 atau yang mana lebih rendah dr limit kad kredit anda.
-Dockumen yang mudah
-Hanya salinan i/c diperlukan untuk proses permohonan pembiayaan.
-Min pengunaan kad kredit adalah melebihi satu (1) tahun dan
penggunaan kurang 75%.
-kad kredit dari mana-mana bank di seluruh malaysia.
-Tiada penalti untuk penyelesaian bayaran awal dan bayaran lewat.
-Mematuhi prinsip antarabangsa & malaysia

.kami sedia membantu anda mendapatkan pinjaman kewangan melalui bank.. layari..ejenloan.blogspot.com...hubungi saya di 012-7752839 atau email ke ejenloan@yahoo.com...atau msj ke inbox FB saya.TQ

Perlukah Anda Memiliki Kad Kredit?

KAD kredit seakan menjadi ukuran kejayaan individu. Semakin banyak kad kredit yang dikumpul semakin tinggi pandangan rakan terhadap anda lebih-lebih lagi jika kad anda berwarna platinum! Semuanya kerana mereka beranggapan anda mempunyai kewangan yang stabil dan tidak mempunyai masalah memohon kad kredit dari mana-mana institusi kewangan.

Tapi benarkah begitu? Atau ia hanya membantu anda menambah hutang? Pernahkah anda memikirkan sebab sebenar anda memiliki kad kredit? Adakah kerana ianya suatu kemudahan? Suatu alat untuk kelihatan “cool”? Atau hanya kerana ingin mendapatkan barangan yang diberi percuma jika permohonan anda berjaya? Penulis mempunyai kenalan yang memohon kad kredit untuk mendapatkan barangan percuma!

Keputusan untuk memiliki kad kredit ataupun tidak sebenarnya bergantung kepada tujuan penggunaan dan bagaimana anda mengawalnya. Di bawah ini digariskan beberapa kebaikan dan keburukan mempunyai kad kredit. Diharap anda dapat menilai kedua-duanya sebelum mengisi borang permohonan kad kredit!


Kebaikan mempunyai kad kredit

* Membeli barangan dengan mudah
Anda kekurangan wang tunai di tangan? Jangan bimbang, kad kredit boleh membantu anda membeli barangan yang diingini tanpa perlu bersusah payah berbaris di bank untuk mengeluarkan wang di samping menjimatkan masa anda yang berharga.

* Berhutang tanpa faedah
Kad kredit membenarkan anda berhutang tanpa perlu membayar faedah. Kebanyakan institusi menawarkan kemudahan ini dari 25 hari ke sebulan untuk anda melangsaikan hutang sebelum faedah dikenakan.

* Mendapat keselamatan tambahan
Kad kredit juga menawarkan keselamatan tambahan seperti melindungi anda dengan insurans perjalanan jika anda membeli tiket kapal terbang menggunakan kad kredit berkenaan. Ia juga melindungi anda daripada kerugian harta benda jika barangan yang anda beli menggunakan kad kredit mengalami kerosakan atau kehilangan.

Keburukan mempunyai kad kredit

* Berbelanja sewenangnya
Kadangkala mempunyai kad kredit menggalakkan anda berbelanja kerana anda hanya perlu menurunkan tanda tangan untuk memperoleh sesuatu barangan! Selalunya menurunkan tanda tangan setiap kali membeli barangan akan menjadi amalan biasa dan tanpa sedar, anda berjaya mengumpul sejumlah hutang dan seterusnya terpikul dengan tanggungjawab membayarnya. Anda hanya akan menyedari perangkap ini bila anda bergantung kepada setiap sen yang ada untuk membayar bil bulanan atau anda terpaksa berjimat untuk membeli barangan yang diingini.

* Terperangkap dalam faedah
Anda juga mungkin terperangkap dalam pembayaran faedah yang sememangnya tinggi! Sesetengah syarikat kad kredit mengenakan faedah sebanyak lima belas peratus, malah ada yang tinggi daripada itu. Jika anda terus menerus mempunyai lebihan hutang kredit setiap bulan, akhirnya anda akan membayar hutang berkenaan lebih lama daripada sepatutnya, hanya disebabkan pembayaran faedah!

* Pemalsuan kad kredit
Setiap kali anda melakukan pembelian dengan kad kredit, setiap kali itu juga anda meletakkan diri anda dalam risiko terhadap gejala ini. Ini berlaku kerana tanpa disedari anda memberi maklumat sulit setiap kali kad kredit anda dibaca oleh mesin pemprosesan. Jika maklumat berkenaan jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, maka ianya boleh digunakan untuk membuat pembelian tanpa kebenaran. Akibatnya, anda terpaksa menanggung hutang pembelian yang anda tidak lakukan.

Kes seperti ini banyak kedengaran apatah lagi dengan pembelian kredit melalui internet. Tetapi, harus diingat! Insiden-insiden ini tidak seharusnya menghalang penggunaan kad kredit, baik secara konvensional mahupun “on-line”. Cuma, anda dinasihatkan berhati-hati setiap kali menggunakannya.

Rumusannya, keputusan untuk menjadi pemegang kad kredit ataupun tidak, bergantung kepada bagaimana anda menggunakan kemudahan kad kredit secara positif. Adalah lebih baik jika anda mampu mengelakkan diri daripada berhutang atau menetapkan kadar maksimum hutang yang anda mampu bayar. Bagi mereka yang berkeyakinan mempunyai disiplin mengawal diri dan mengelakkan diri daripada belenggu hutang, maka kad kredit adalah suatu pilihan yang menarik. Jadi pastikan anda mempunyai disiplin yang kuat mengawal perbelanjaan anda!

PRINSIP / KONSEP MEMINJAM

"Nak pinjam ke tak nak pinjam..."

Ianya merupakan persoalan yang kadang kala sukar untuk dijawab oleh kebanyakan individu. Kebanyakan daripada kita akan perlu meminjam untuk membeli kereta pertama atau rumah pertama malahan ada antara kita yang meminjam untuk berkahwin. Sebagai golongan pengguna ramai di antara kita yang tidak tahu prinsip asas meminjam. Informasi di bawah ini menerangkan beberapa komponen utama di dalam proses meminjam.

Apakah komponen utama pinjaman?

Semua pinjaman, sama ada pinjaman kereta, pinjaman rumah atau pinjaman peribadi, terdiri daripada tiga komponen utama:

* Kadar faedah

* Cagaran

* Tempoh

Kadar faedah

* Kadar faedah ialah caj yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kerana menggunakan duit mereka.

* Biasanya kadar faedah ditunjukkan dalam bentuk peratusan daripada jumlah pinjaman dalam setahun.

* Faedah yang dikenakan berdasarkan pengkompaunan (iaitu faedah-atas-faedah) dan ia boleh terdiri daripada pengkompaunan tahunan/ bulanan/ harian (satu lagi istilah yang digunakan ialah kiraan atas baki tahunan/bulanan/harian).

Terdapat dua jenis kadar faedah

* Tetap

* Boleh ubah

Kadar tetap

Tetap dan tidak berubah. Jika kadar faedah tetap ialah 6% setahun, ia akan kekal 6% setahun sepanjang tempoh pinjaman.

Kadar boleh ubah

Boleh bertukar mengikut masa dan biasanya ditetapkan pada kadar pasaran standard, seperti Kadar Pemberian Pinjaman Asas, BLR (BLR terkini = 6.75%). Sebagai contoh, anda mungkin mengambil pinjaman dengan kadar boleh ubah pada BLR + 1%. Ini bermakna, anda perlu membayar tambahan satu peratus kepada BLR atau berjumlah 7.75% setahun.

Jenis-jenis pinjaman

Bercagar

* Ini merujuk kepada sama ada pemberi pinjaman menghendaki anda mencagarkan aset, biasanya dirujuk sebagai cagaran, untuk menjamin pinjaman anda.

* Jika anda mempunyai pinjaman bercagar, bermakna pemberi pinjaman anda boleh merampas aset jika anda mungkir menjelaskan hutang pinjaman.

* Oleh kerana terdapat cara alternatif pembayaran balik, faedah dalam pinjaman bercagar adalah lebih rendah berbanding dengan faedah pinjaman tidak bercagar.

* Apabila anda membiayai pembelian kereta anda melalui pinjaman bank, anda sebenarnya adalah penyewa (bukan pemilik) kereta yang anda pandu sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman anda.

* Begitulah juga dalam kes pinjaman rumah, bank akan memiliki 'tuntutan pemilikan' terhadap rumah tersebut sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman rumah.

Tidak bercagar

* Dalam pinjaman tidak bercagar, tiada aset yang boleh dirampas oleh bank jika mungkir membayar balik pinjaman.

* Pinjaman tidak bercagar selalunya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman bercagar.

* Untuk mengurangkan risiko, institusi pemberian pinjaman kadang kala menghendaki orang ketiga menandatangani perjanjian bagi pinjaman tidak bercagar atau menjamin jumlah pinjaman.

Tempoh pinjaman

* Tempoh suatu pinjaman ialah jangka masa peminjam perlu membayar balik pinjaman.

* Kebanyakan pinjaman peribadi/kereta mempunyai tempoh 3 ke 9 tahun, manakala tempoh pinjaman rumah adalah jauh lebih lama dan biasanya boleh mencapai sehingga 30 tahun.

* Tempoh adalah jangka masa maksimum untuk peminjam membayar balik pinjaman mereka, pinjaman juga boleh dijelaskan sebelum tempoh tamat.

Prinsip asas meminjam

Berikut adalah beberapa prinsip asas meminjam.

Prinsip 1: Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan - bukan yang anda mahukan.

Anda hanya perlu meminjam untuk suatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidak mempunyai duit tunai untuk membayarnya. Sebagai contoh, untuk membeli rumah, untuk membiayai pendidikan lanjutan anak-anak dan untuk membeli sebuah kereta.

Prinsip 2: Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik.

Ramai orang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka bahawa ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal. Tidak perlu dikatakan, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan.
Adalah disarankan bahawa seseorang patut menghadkan jumlah bayaran balik pinjaman kepada kurang daripada 1/3 pendapatan kasarnya.

Prinsip 3: Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai

Aset yang susut nilai adalah harta yang hilang nilainya mengikut masa, seperti kereta (melainkan jika anda melabur dalam kereta klasik), perabot dan kebanyakan barang dan peralatan rumah. Barangan ini akan susut nilai dengan cepat sementara pinjaman anda berkurangan dengan agak lambat. Dalam situasi di mana anda tidak dapat menjelaskan hutang, barangan tersebut akan dirampas dan anda mesti menambah nilai yang kurang kerana aset susut nilai anda tidak cukup untuk menjelaskan baki pinjaman.

Cuba membeli barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli (melainkan ia akan menguntungkan perniagaan anda!)

Prinsip 4: Elakkan Daripada Menjadi Penjamin

Sseeorang penjamin bertanggungjawab menjelaskan pinjaman dalam hal apabila peminjam mungkir membayar balik pinjaman atas apa sahaja alasan. Melainkan seorang itu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab ini, elakkan diri anda daripada menjadi penjamin.

Prinsip 5: Peminjam Mempunyai Komitmen Moral dan Mutlak Untuk Membayar Balik

Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar balik, berbincanglah dengan pemberi pinjaman agar dapat membuat pelan bayaran balik yang munasabah tetapi jangan sesekali diam atau lari dari membayar hutang pinjaman. Jika anda merasakan tidak mampu untuk membayar hutang pinjaman maka elakkan diri dari meminjam.

Kesimpulan

Jika anda perlu pinjam, pinjamlah! Walaubagaimanapun, pastikan anda sudah jelas memahami prinsip-prinsip meminjam sebelum memberi komitmen padanya. Setelah anda meminjam, hakikatnya anda telah membuat komitmen untuk membayar balik dan pastikan diri anda, sebagai seorang yang bertanggungjawab, menunaikan komitmen tersebut pada setiap masa.