Wednesday, April 27, 2011

MERANCANG KEWANGAN YANG LEBIH BAIK

1.PINJAMAN PERIBADI

- Pastikan tujuan pinjaman itu jelas. Contohnya untuk kecemasan,perkahwinan atau menyambung pelajaran serta berfaedah kepada anda.
-Faktor-faktor utama sebelum membuat pinjaman ialah kemampuan anda membayar pinjaman,keadaan kewangan semasa,aset serta tanggungan anda.
-Membuat kajian tentang jenis pinjaman yang di tawarkan oleh institusi kewangan berlesen seperti kadar faedah,tempoh bayaran semula,fleksibiliti pakej dan lain-lain faedah.
- Jauhi kumpulan peminjam tidak berlesen dan berdaftar di bawah BANK NEGARA MALAYSI(BNM) yang tidak di ketahui latar belakangnya.
-Anda perlu bertanggungjawab dengan membuat pembayaran yang di persetujui mengikut jumlah,masa serta terma-terma syarat yang di tetapkan. jika tidak, anda mungkin termasuk di dalam senarai hitam dan menyukarkan anda untuk berurusniaga dengan pihak bank di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment