Sunday, May 15, 2011

Cash Out Refinance

Cash out Refinancing

Sekiranya nilai rumah anda (ditentukan nilai pasaran atau melalui kiraan penilai profesional) melebihi baki pinjaman yang tinggal, anda boleh cash out perbezaan tersebut dengan interest refinance. Jadi cash out sebenarnya sejenis pinjaman peribadi di mana anda menggunakan rumah sebagai cagaran. Jumlah yang layak dipinjam adalah “nilai rumah” tolak “baki pinjaman yang belum berbayar”. Jumlah ini juga digelar sebagai ekuiti yang membawa maksud bahagian nilai rumah yang dimiliki tuan rumah selepas ditolak hutang.

Contoh: Katakan rumah anda dibeli 10 tahun yang lepas berharga RM250,000. Andaikan rumah anda sekarang bernilai RM350,000. dan baki pinjaman anda adalah RM200,000. Maka apabila anda refinance, anda ada opsyen untuk cash out RM350,000 tolak RM200,000 = RM150,000.

Opsyen cash out ini boleh dinikmati oleh semua pemilik rumah selagi terdapat perbezaan positif antara nilai rumah sekarang dan baki pinjaman.

Wang daripada Cash Out refinancing ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Biasanya, pemilik rumah menggunakan dana tersebut untuk:

Pembaikan dan ubahsuai rumah (renovation)

Sekiranya ubahsuai rumah dilakukan dengan professional ianya mampu meningkatkan nilai rumah lebih daripada kos pengubahsuaian. Justeru, pemilik rumah bukan saja dapat mendapat kepuasan daripada pengubahsuaian tersebut malah ianya juga memberi manfaat ekonomi apabila tuan rumah menjual rumahnya kelak.

Membiayai yuran kolej atau universiti

Ramai ibubapa tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke IPTA. Maka, mereka boleh menggunakan cash out refinancing untuk tujuan pembiayaan kos pendidikan anak-anak.

Penstrukturan Semula Hutang

Sekiranya anda ada hutang kad kredit yang interestnya tinggi dan anda mempunyai masalah menjelaskan hutang tersebut, anda boleh mendapat “pinjaman” cash out refinancing untuk membayar hutang-hutang anda yang lain.

Pembelian Rumah Baru

Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan wang daripada cash out ini sebagai down payment pembelian rumah baru.



utk keterangan lanjut layari ejenloan.blogspot.com atau email ke ejenloan@yahoo.com/ hubungi.EN AZIL: 012-7752839.TQ

Pentingnya Faktor-Faktor Persekitaran

Tips semasa beli rumah

Soalan: Apakah tiga faktor paling penting apabila memilih sebuah rumah?
Jawapan: Lokasi, lokasi, lokasi

Apabila memilih sebuah rumah, pakar-pakar hartanah menasihatkan pembeli supaya mementingkan lokasi sesebuah rumah. Biasanya, pembeli tertarik kepada faktor-faktor yang kurang penting mengenai rumah yang ingin dibeli. Walaubagaimanapun, pembeli dinasihatkan juga memberi perhatian kepada persekitaran rumah dan bukan saja rumah tersebut. Faktor persekitaran adalah seperti jiran, imej, kebersihan, kedamaian dan sebagainya. Tersenarai di bawah adalah faktor-faktor persekitaran yang perlu dipertimbangkan apabila membeli rumah:

Gaya Hidup
Gaya hidup anda amat penting untuk dipertimbangkan apabila membeli rumah. Contoh sekiranya anda merupakan seseorang yang suka membeli-belah, maka adalah lebih sesuai anda membeli rumah yang dekat kepada pusat membeli-belah. Ataupun anda sudah bersara dan anda minat bersenam, persekitaran yang ada banyak pokok dan taman-taman adalah lebih sesuai untuk anda. Ramai pembeli kesal setelah membeli rumah yang jauh daripada tempat kerja.

Sistem Pengangkutan
Salah satu faktor yang penting adalah sistem pengangkutan. Adakah lokasi rumah yang ingin anda beli selalu ada kesesakan jalanraya? Adakah ianya dekat dengan LRT atau stesyen bas?

Persekitaran yang Selamat
Anda juga perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan. Anda pasti risau tentang keselamatan anda dan keluarga anda sekiranya anda tinggal di kawasan dimana indeks jenayah adalah tinggi. Anda boleh membuat survey dengan mengkaji jenis penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan persekitaran. Ataupun, anda mungkin lebih minat kawasan yang “gated and guarded”.

Pembangunan Masa Depan
Buat kajian tentang pembangunan masa depan yang dirancang untuk lokasi anda. Kaji sama ada terdapat perancangan untuk membina pusat membeli belah, apartment, bangunan komersial, masjid dan lain-lain bangunan di kawasan yang berdekatan. Cara kawasan di persekitaran rumah anda diperkembangkan pada masa depan akan mempengaruhi harga pasaran rumah anda.

Fikir Tentang Pembeli Masa Depan
Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah anda dalam lima sehingga sepuluh tahun, anda perlu ambil kira harga pasaran pada masa itu. Anda mungkin tidak kisah sangat tentang satu dua faktor negatif mengenai rumah anda tetapi kemungkinan pembeli lain tidak berkongsi pendapat yang sama dengan anda. Sekiranya anda memilih lokasi yang baik, nilai rumah anda akan naik dan anda akan mendapat untung yang banyak apabila menjual rumah anda kelak.

Nota Penting: Anda boleh ubahsuai rumah anda supaya ianya lebih menarik TETAPI anda tidak dapat anda tidak dapat membuat perubahan kepada persekitaran anda!

Pinjaman Rumah Baru & Refinance

Pinjaman Rumah Baru & Refinance

Pusan Sehenti Pinjaman Perumahan

Sama ada matlamat anda adalah untuk mendapat pinjaman perumahan untuk rumah baru, pembiayaan semula (refinance) atau ingin cash out ekuiti rumah, kami sedia membantu. Dengan rangkaian bank yang luas dan kepakaran serta pengalaman kami, anda tidak perlu lagi mencari pinjaman perumahan yang sesuai dengan melawat setiap bank satu per satu.

Melalui perkhidmatan professional yang kami sediakan, anda pasti akan mendapat pakej pembiayaan yang sesuai.

Pembelian Rumah Baru

Kami ada pinjaman yang sesuai untuk anda sama ada anda sedang mencari pembiayaan dengan kadar keuntungan yang terendah, margin yang tertinggi atau tempoh yang paling lama.

Pinjaman perumahan konvensional & islamik untuk pembeli rumah baru

Refinance Rumah

Dengan refinance, anda dapat mengurangkan bayaran ansuran setiap bulan, memendekkan tempoh pembiayaan dan boleh menggabungkan semua hutang lain (debt consolidation).

Refinance (pembiayaan semula) dan manfaat kepada anda

Cash-out Tunai

Perlukan tunai dengan kadar keuntungan yang rendah? Sekiranya anda pemilik rumah, anda boleh mendapat pembiayaan tunai tanpa penjamin dengan menggunakan opsyen cash out.

PEMBIAYAAN PERIBADI

Skim Pinjaman MBSB
Pinjaman Peribadi Potongan Sehingga 80%

MALAYSIA BUILDING SOCIETY BHD (MBSB)

Menawarkan Pembiayaan Peribadi Sehingga RM 300,000.00 dengan tempoh bayaran balik dipanjangkan sehingga 25 tahun. Pakej pinjaman peribadi MBSB tanpa penjamin ini adalah khas untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, polis DiRaja Malaysia serta Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

Mulai 15 Disember 2010, kadar baru bagi pembiayaan adalah mengikut pakej yang diperkenalkan MBSB iaitu PAKEJ WASLAH dan PAKEJ EXEC-i.

PAKEJ WASLAH

  • Berjawatan tetap dan gaji pokok termasuk elaun tetap RM700.00
  • Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, semi kerajaan & GLC*
  • Pembiayaan Sehingga RM200,000 / 20 Tahun
  • Potongan Sehinga 80%
  • Kadar Rata dan tetap - 5.20%
  • Bayaran balik pembiayaan wajib melalui Biro Angkasa
  • Tanpa penjamin. CTOS / CCRISS boleh memohon*

PAKEJ VAGANZA

Berjawatan tetap dan gaji pokok termasuk elaun tetap RM700.00

  • Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, semi kerajaan & GLC*
  • Pembiayaan Sehingga RM200,000 / 20 Tahun

Kiraan Kelayakan Pembiayaan Sehinga 60% dari gaji kasar

  • Kadar Rata dan tetap - 4.90% hingga 5.20%
  • Bayaran balik pembiayaan wajib melalui Biro Angkasa
  • Tanpa penjamin. CTOS / CCRISS boleh memohon*

PAKEJ EXEC-i

  • Berumuh 19 tahun dan tidak melebihi 58 semasa tamat pembiayaan.
  • Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, semi kerajaan & GLC*
  • Berjawatan tetap dan gaji pokok termasuk elaun tetap RM3,500.00
  • Pembiayaan Sehingga RM300,000 / 25Tahun
  • Potongan Sehinga 60% & Layak Memohon (OVERLAP)
  • Kadar serendah 3.50% hingga 5.30%
  • Bayaran balik pembiayaan wajib melalui Biro Angkasa
  • Tanpa penjamin. CTOS / CCRISS boleh memohon*

Pengeluaran Pembiayaan dan Caj-Caj Dikenakan

  • Yuran Proses (3% dari Jumlah Pinjaman)
  • Duti Setem RM50
  • Insuran perlindungan Takaful (mengikut umur dan jumlah pinjaman)
  • 1 Bulan sekuriti deposit (dikembalikan setelah pinjaman selesai)
  • Bayaran kepada Jabatan insolvensi – carian bankrupt (RM12)
  • Amanah Raya Berhad (RM350)

Pengeluaran pinjaman dintara 92% sehingga 95% (bergantung kepada umur dan jumlah pinjaman)

Dokumen Diperlukan

  • 2 salinan kad pengenalan, (Disahkan Majikan)
  • 2 salinan kad kuasa polis (kakitangan PDRM)
  • 1 bulan slip gaji asal terkini beserta 2 salinan (Salinan perlu pengesahan majikan)
  • 2 salinan slip gaji 2 bulan terkini selain slip gaji di atas (dokumen perlu pengesahan majikan)
  • Bil utiliti seperti bil air, bil telefon, bil elektrik dll
  • 2 Salinan depan buku akaun bank (disarankan akaun Maybank terbaik)
  • Penyata Penyelesaian awal “Redemption Statement” jika perlu
  • Surat option pencen 58 tahun, (dokumen perlu pengesahan majikan) jika perlu

Kad Kredit Islamic Bank Rakyat

Kad Kredit Islamik Bank Rakyat

JOM APPLY JOM !!!


Kad Kredit i-Bank Rakyat adalah kad kredit islamik yang mengamalkan konsep Tawarruq.

Quote:
Definisi Tawarruq:

Tawarruq adalah pembelian komoditi secara tangguh samada secara jualan terus ataupun Murabahah. Komoditi ini kemudiannya dijual kepada pihak ketiga (pihak yang lain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.
Kelebihan dan Keistimewaan Kad Kredit i-Bank Rakyat

1. Tiada yuran tahunan
Kalau tak pakai selama 1 , 2 or 3 tahun selama mana pun anda tidak akan di kenakan caj!!

sila refer petikan dari akhbar thestar

Petikan dari akhbar thestar menunjukkan cuma Kad kredit islamic bank rakyat sahaja yg mengecualikan pembayaran cukai kerajaan RM50


2. Tiada elemen berganda (Islamic card)
Bermakna,sekiranya anda mempunyai outstanding,interest hanya akan diambil berkadar pada hutang utama anda,dimana sekiranya anda tidak menjelaskan hutang termasuk interest pada bulan pertama hutang,interest kali kedua akan diambil berdasarkan hutang utama sahaja,tidak akan termasuk dengan kadar interest bulan pertama anda yang tertunggak.

3. Kadar Interest Tahunan yang makin berkurang dan berkurang
Kredit card ni start dengan 18% setahun untuk outstanding. Sama macam kredit card lain, Apa yg menarik adalah selepas 9 bulan maintain kad dalam keadaan baik (bayar outstanding dengan cantik dan sebagainya) interest akan turun jadi 16%

3 bulan selepas tu,iaitu 1 tahun lepas pakai,interest turun lagi kepada kadar 13.5%,
Dan jika anda jadi pembayar yang bagus, kurang lagi 1% jadi 12.5%

Jika anda ada pembiayaan atau apa² akaun berkaitan dengan bank rakyat, interest tolak lagi 1% jadi 11.5% interest tahunan,itu belum kira lagi rebat yang akan anda perolehi!!

4. Perlindungan takaful keluarga percuma dan juga khairat kematian.
Perlindungan termasuk jaminan pembiayaan yang belum dijelaskan melalui penggunaan kad kredit ini. - Waris tak perlu risau kerana semua outstanding (baki kad kredit belum jelas) akan di lindungi oleh takaful jika pemegang kad kredit meninggal dunia.

Untuk melihat berita mengenai waris terima khairat kematian dari Bank Rakyat, sila KLIK SINI


Petikan dari AKHBAR UTUSAN waris pemegang
kad kredit-i Bank Rakyat terima RM1,000


5. Mata Umrah/Percutian
Setiap penggunaan rm10 daripada kad ini,akan diberikan 1 mata ganjaran,dan mata ganjaran ini boleh ditukarkan kepada pakej umrah atau percutian atau wang tunai.

6. Rebat keuntungan (tabung umrah/melancong)
Rebat akan diperolehi sekiranya pengguna mempunyai rekod pembayaran baik,ataupun ada menggunakan lain-lain kemudahan pembiayaan di bank rakyat.

7. Pembayaran zakat
Kad ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran zakat.

8. Tidak boleh di caj di mana-mana kaunter tidak halal.
Kad ini mengaplikasikan konsep islamic,dengan itu caj dimana-mana kaunter tidak halal tidak akan dapat dilakukan.

9. Pengiktirafan seluruh dunia
Kad ini diperakui di seluruh dunia(worldwide recognized)


TERBARU di BANK RAKYAT!!! Buat BALANCE TRANSFER kad konvensional anda kepada Kad Kredit i-Bank Rakyat dengan kadar yang istimewa!!!


Untuk melihat Senarai Syarikat yang mengambil bahagian untuk SKIM ANSURAN MUDAH 0% KAD KREDIT I-BANK RAKYAT, sila klik SINI

YURAN DAN BAYARAN

Kad Kredit Public Bank ESSO MOBIL Visa Gold

Kad Kredit Public Bank ESSO MOBIL Visa Gold

JOM APPLY JOM !!!


KEISTIMEWAAN


FREE FOR LIFE !!! No Annual Fees
  • NIKMATI REBET TUNAI SEBANYAK 8% DI MANA-MANA STESEN SERVIS ESSO ATAU MOBIL DAN JUGA PEMBELIAN RUNCIT
  • PERCUMA INSURANS KEMALANGAN PERIBADI SEHINGGA RM20,000
  • TIADA YURAN TAHUNAN SAMPAI BILA-BILA
  • BERPELUANG MENYERTAI PUBLIC BANK DOUBLE BONUS OVER @ MILLION CONTEST



Anda akan dapat tunai rm20 apabila berbelanja rm400 keatas sebulan selama 2 bulan!!!


pb.jpg






KEMUDAHAN LAIN

Anda boleh membuat balance transfer kredit ke kad ini dan nikmati 0% interest. Sila rujuk flyers


Anda juga berpeluang mendapat kemudahan FLEXI PAY iaitu kemudahan pembayaran secara ansurans dengan 0% interest!!


UNTUK MEMOHON:
utk keterangan lanjut layari ejenloan.blogspot.com atau email ke ejenloan@yahoo.com/ hubungi.EN AZIL: 012-7752839.TQ

Syarat baru kad kredit





Nor Shamsiah Mohd. Yunus menyampaikan taklimat mengenai garis panduan baharu kad kredit di Bank Negara,


KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan syarat-syarat baharu lebih ketat berkuat kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit.

Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan itu, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.

‘‘Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.
‘‘Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.

‘‘Selain itu tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan,’’ kata kepada pemberita selepas memberikan taklimat mengenai garis panduan baharu kad kredit di sini hari ini.

Nor Shamsiah berkata, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad berkenaan tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar.
‘‘Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu itu,’’ jelasnya.
Pada masa ini, pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan 50 peratus adalah mereka yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun.

Nor Shamsiah menjelaskan garis panduan baharu itu merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan berhemat.
‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk.
‘‘Pengenaan syarat-syarat baharu juga bertujuan menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kad kredit,’’ kata beliau.

Pada masa yang sama, pengeluar kad kredit juga ditegah menaikkan had kredit dan menawarkan pendahuluan dalam bentuk cek berbayar tanpa dipohon dan mendapat persetujuan pemegang kad terlebih dahulu.
‘‘Pengeluar kad dikehendaki menyediakan lembaran penzahiran produk (produk disclosure sheet) yang mempunyai maklumat penting, yuran dan tanggungjawab pemegang kad dengan jelas,’’ katanya.

Berita semasa di petik dari Akhbar Utusan Malaysia.

Thursday, April 28, 2011

KAD KREDIT & KAD DEBIT

PERBEZAAN UTAMA DI ANTARA KAD DEBIT DAN KAD KREDIT

1.KAD DEBIT
-Baki di dalam akaun anda akan berkurangan sebaik sahaja anfa menggunakkanya untuk pembayaran
0kaedah urusniaga tunai tanpa perlu membawa wang tunai. Ia selamat,mudah dan membolehkan anda mengawal perbelanjaan anda.
-Tiada sebarang cukai kerajaan dan faedah yang di kenakkan.

2.KAD KREDIT
-Jumlah maksimum perbelanjaan di tetapkan tetapi anda berbelanja dengan kaedah berhutang yakni anda membayar semula kepada bank yang mengeluarkan kad anda.
-ia merupakkan kaedah urusniaga berhutang. walaupun had di tetapkan tetapi nilainya masih besar jika tidak di kawal dengan berhati hati.
-Gunakanlah kad kredit anda dengan bertanggungjawab dan hadkan penggunaan di dalam situasi kecenasan sahaja.
-Bayarlah penggunaan kad kredit anda mengikut masa yang di tetapkan

PERBELANJAAN YANG BERHEMAH ADALAH TUNJANG KEWANGAN PINTAR.

Wednesday, April 27, 2011

MERANCANG KEWANGAN YANG LEBIH BAIK

1.PINJAMAN PERIBADI

- Pastikan tujuan pinjaman itu jelas. Contohnya untuk kecemasan,perkahwinan atau menyambung pelajaran serta berfaedah kepada anda.
-Faktor-faktor utama sebelum membuat pinjaman ialah kemampuan anda membayar pinjaman,keadaan kewangan semasa,aset serta tanggungan anda.
-Membuat kajian tentang jenis pinjaman yang di tawarkan oleh institusi kewangan berlesen seperti kadar faedah,tempoh bayaran semula,fleksibiliti pakej dan lain-lain faedah.
- Jauhi kumpulan peminjam tidak berlesen dan berdaftar di bawah BANK NEGARA MALAYSI(BNM) yang tidak di ketahui latar belakangnya.
-Anda perlu bertanggungjawab dengan membuat pembayaran yang di persetujui mengikut jumlah,masa serta terma-terma syarat yang di tetapkan. jika tidak, anda mungkin termasuk di dalam senarai hitam dan menyukarkan anda untuk berurusniaga dengan pihak bank di masa hadapan.

Wednesday, March 23, 2011

PEMBIAYAAN PERIBADI UNTUK STAF KERAJAAN & BADAN BERKANUN TERPILIH

Coshare (murabah al-tawaruq)


Coshare merupakan syarikat yang telah diamanahkan JANM (Jabatan
Akauntan Negara Malaysia) untuk membuat potongan gaji kepada Kakitangan Kerajaan. Hanya 3 kod telah diamanahkan oleh JANM iaitu :-

  1. Biro angkasa
  2. Bank Simpanan Nasional
  3. Coshare Holdings berhad


DANA DIBIAYAI KUWAIT FINANCE HOUSE

  • PAYOUT 100% - TUNAI BERSIH 100%
  • KADAR KEUNTUNGAN TETAP 4.99%
  • TIADA YURAN
  • MAKSIMA RM200,000 SEHINGGA 20 TAHUN
  • KELAYAKAN SEHINGGA 60% DARIPADA GAJI
  • TERBUKA KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN / NEGERI DAN BADAN BERKANUN TERPILIH SELURUH MALAYSIA
  • PEMBIAYAAN DILINDUNGI INSURANS DAN BERLANDASKAN PRINSIP SYARIAH
  • PROSES DALAM 14 HARI BEKERJA

Syarat syarat kelayakan

  • Kakitangan Kerajaan Persekutuan / Negeri & Badan Berkanun terpilih sahaja (termasuk Sabah & Sarawak)
  • Berusia dari 18 tahun hingga ke 55 tahun
  • Berjawatan Tetap serta berkhidmat selama 3 bulan
  • Layak menggunkan sistem pemotongan gaji (BIRO ANGKASA)

Dokumen ringkas

  • Borang permohonan
  • 3 Salinan mykad yang disahkan pegawai yang sah
  • Surat pengesahan jawatan dan surat opsyen bersara sekiranya berumur 35 tahun keatas
  • 1 Penyata gaji asal terkini
  • 3 Salinan penyata gaji untuk X 3 bulan sebelumnya yang disahkan oleh pegawai yang sah
  • 1 Salinan buku bank
  • 1 Salinan bil letrik/air/astro
1 Penyata penjelasan awal (jika overlap)


hubungi saya di 012-7752839 atau email ke ejenloan@yahoo.com..TQ

Sunday, March 13, 2011

Faedah Menabung

Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.

1.Meningkatkan Pendapatan

Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.

2.Meningkatkan Kualiti Hidup

Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:

a.Membiayai Pendidikan

Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.

b.Membeli Rumah

Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.

c.Tanggungjawab Berumahtangga

Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.

d.Membeli Barang Keperluan

Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.

e.Keselesaan Hidup dalam Persaraan

Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.

f.Menyediakan Payung

Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.

g.Berdikari dari Segi Kewangan

Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.

Menabung melalui Amalan Berhemat

Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.

Friday, March 11, 2011

PINJAMAN PREMIS PERNIAGAAN YANG FLEKSIBEL DAN MENJIMATKAN

KUASAI KEWANGAN ANDA

BizFlexi ialah pinjaman premis perniagaan yang menawarkan fleksibiliti dalam pembayaran balik serta penjimatan bayaran faedah
Pinjaman ini mengambil dana daripada akaun semasa anda bagi mengurangkan jumlah prinsipal dan faedah yang harus anda bayar.Buku cek turut di sediakan supaya anda boleh mengeluarkan dana yang berlebihan sekiranya perlu.

A.Tempoh pinjaman
- Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah sehingga 20 tahun.

B. Margin pembiayaan
-margin pembiayaan maksimum ialah sehingga 85%+5%(GBLI/GMTA/Perundangan /Penilaian)

C. Jumlah Pinjaman Minimum
-Jumlah pinjaman minimun di kehendaki ialah rm150,000.

D. Kelayakan Pinjaman
- BizFlexi di tawarkan kepada semua pelanggan perniagaan sama ada milikan tunggal,perkongsian,NGO,NPO,syarikat senderian berhad atau syarikat pegangan pelaburan.

E. kelayakan Hartanah
- Hartanah komersial samada kedai atau pejabat,hartanah industri seperti kilang,hartanah kediaman samada rumah,kondominium,pangsapuri atau tanah dengan pakej pembinaan yang di beli daripada pihak pemaju.

utk keterangan lanjut layari ejenloan.blogspot.com atau email ke ejenloan@yahoo.com/ hubungi.EN AZIL: 012-7752839.TQ

Thursday, March 3, 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAD KREDIT

Sebelum anda terjerumus didalam hutang kad kredit ada baiknya anda mengetahui serba sedikit berkenaan dengan kebaikan dan keburukan kad kredit.Berikut adalah kebaikan dan keburukan untuk kita fikirakan bersama.

Kebaikan kad kredit :

  • Mudah dibawa sana-sini
  • Elak risiko dirompak
  • Memudahkan membuat pembayaran dikaunter
  • Boleh membuat pembelian secara online
  • Mudah memohon pinjaman peribadi dengan menggunakkan dokumen kad kredit tidak perlu menggunakkan slip gaji.

Keburukan kad kredit :

  • Mudah hilang
  • Kemungkinan belanja sesuka hati kerana mudah hanya swipe jer
  • Kadar caj tinggi
  • Sekiranya hanya bayar minimum hutang akan bertambah
Perhatian: sebagai pengguna yang bijak.kita hanya perlu merancang cara penggunaan kad kredit tersebut. Gunakkan atas dasar keperluan serta kebaikkan kad kredit tersebut.Berminat memiliki kad kredit?..hubungi saya di 012-7752839 atau email ke ejenloan@yahoo.com...atau msj ke inbox FB saya.TQ


Monday, January 3, 2011

Peluang untuk memiliki kad kredit

Berita baik untuk mereka yg berpendapatan kasar rm1,500 ke atas.kini anda boleh memiliki kad kredit dengan mudah dengan syarat anda tidak mempunyai komitmen serta nama anda tidak di senarai hitamkan di dalam ccris/ctos bank negara.Dokumen yang di perlukan adalah seperti berikut:
*Fotostat kad pengenalan 5 kpg.
*Fotostat surat pengesahan jawatan 5 kpg.
*Penyata kwsp yg terkini 1 kpg.
*Fotostat slip gaji 3 bulan berturut 5 kpg.
*Fotostat ea form 2010 5 kpg.
*Fotostat bank statment 3 bulan terkini 5kpg

Untuk mereka yg telah memiliki kad kredit.tetapi kad anda telah di gunakkan melebihi had kredit limit kad tersebut.Pihak kami boleh membantu anda memiliki kad kredit yg baru serta nilai kredit limit kad tersebut sama dgn nilai kad kredit anda yg over limit tadi.Atau jika anda memerlukan pinjaman utk menyelesaikan masalah kad kredit anda,kami sedia membantu.Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
*Fotostat kad pengenalan 5 kpg.
*Fotostat kad kredit 5 kpg.
*Fotostat Statment kad kredit yg terkini 5 kpg.
(3 no id di belakang kad kredit sila liquid selepas fotostat utk keselamatan)

Utk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya di 012-7752839 atau email ke ejenloan@yahoo.com. TQ