Thursday, February 18, 2010

Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda?

1 – Pengurusan Risiko

Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5,000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Insurans hayat. Mengapa insurans itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian atau cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda.

2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit?

Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :-

+ Pendapatan Bersih Bulanan
(-) Pembayaran Bulanan untuk Pinjaman
(-) Perbelanjaan Bulanan _____________________
= Baki Positif (Surplus) atau Baki Negatif (Defisit)?


Kalau ada surplus (+), ini bermakna anda mempunyai lebihan wang yang tidak dibelanjakan dan wang ini boleh digunakan untuk membayar lebih kepada baki hutang kad kredit anda. Kalau baki defisit (-), maknanya anda berbelanja lebih dari pendapatan anda i.e berbelanja lebih dari kemampuan anda. Jadi, tidak hairanlah anda berhutang kad kredit!

Apabila mempunyai baki defisit, anda perlu mengambil tindakan secepat yang mungkin, sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih besar seperti gagal membuat bayaran bulanan kepada hutang pinjaman anda dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal bayar!

Antara tindakan yang anda perlu buat adalah :-
a- Kurangkan perbelanjaan semaksima yang boleh terutamanya yang tidak penting.
b- Susun-semua pinjaman sedia ada (re-financing) sebelum anda menghadapi masalah kewangan
c- Tambah pendapatan sampingan jika boleh

No comments:

Post a Comment