Sunday, May 15, 2011

Cash Out Refinance

Cash out Refinancing

Sekiranya nilai rumah anda (ditentukan nilai pasaran atau melalui kiraan penilai profesional) melebihi baki pinjaman yang tinggal, anda boleh cash out perbezaan tersebut dengan interest refinance. Jadi cash out sebenarnya sejenis pinjaman peribadi di mana anda menggunakan rumah sebagai cagaran. Jumlah yang layak dipinjam adalah “nilai rumah” tolak “baki pinjaman yang belum berbayar”. Jumlah ini juga digelar sebagai ekuiti yang membawa maksud bahagian nilai rumah yang dimiliki tuan rumah selepas ditolak hutang.

Contoh: Katakan rumah anda dibeli 10 tahun yang lepas berharga RM250,000. Andaikan rumah anda sekarang bernilai RM350,000. dan baki pinjaman anda adalah RM200,000. Maka apabila anda refinance, anda ada opsyen untuk cash out RM350,000 tolak RM200,000 = RM150,000.

Opsyen cash out ini boleh dinikmati oleh semua pemilik rumah selagi terdapat perbezaan positif antara nilai rumah sekarang dan baki pinjaman.

Wang daripada Cash Out refinancing ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Biasanya, pemilik rumah menggunakan dana tersebut untuk:

Pembaikan dan ubahsuai rumah (renovation)

Sekiranya ubahsuai rumah dilakukan dengan professional ianya mampu meningkatkan nilai rumah lebih daripada kos pengubahsuaian. Justeru, pemilik rumah bukan saja dapat mendapat kepuasan daripada pengubahsuaian tersebut malah ianya juga memberi manfaat ekonomi apabila tuan rumah menjual rumahnya kelak.

Membiayai yuran kolej atau universiti

Ramai ibubapa tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke IPTA. Maka, mereka boleh menggunakan cash out refinancing untuk tujuan pembiayaan kos pendidikan anak-anak.

Penstrukturan Semula Hutang

Sekiranya anda ada hutang kad kredit yang interestnya tinggi dan anda mempunyai masalah menjelaskan hutang tersebut, anda boleh mendapat “pinjaman” cash out refinancing untuk membayar hutang-hutang anda yang lain.

Pembelian Rumah Baru

Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan wang daripada cash out ini sebagai down payment pembelian rumah baru.



utk keterangan lanjut layari ejenloan.blogspot.com atau email ke ejenloan@yahoo.com/ hubungi.EN AZIL: 012-7752839.TQ

Pentingnya Faktor-Faktor Persekitaran

Tips semasa beli rumah

Soalan: Apakah tiga faktor paling penting apabila memilih sebuah rumah?
Jawapan: Lokasi, lokasi, lokasi

Apabila memilih sebuah rumah, pakar-pakar hartanah menasihatkan pembeli supaya mementingkan lokasi sesebuah rumah. Biasanya, pembeli tertarik kepada faktor-faktor yang kurang penting mengenai rumah yang ingin dibeli. Walaubagaimanapun, pembeli dinasihatkan juga memberi perhatian kepada persekitaran rumah dan bukan saja rumah tersebut. Faktor persekitaran adalah seperti jiran, imej, kebersihan, kedamaian dan sebagainya. Tersenarai di bawah adalah faktor-faktor persekitaran yang perlu dipertimbangkan apabila membeli rumah:

Gaya Hidup
Gaya hidup anda amat penting untuk dipertimbangkan apabila membeli rumah. Contoh sekiranya anda merupakan seseorang yang suka membeli-belah, maka adalah lebih sesuai anda membeli rumah yang dekat kepada pusat membeli-belah. Ataupun anda sudah bersara dan anda minat bersenam, persekitaran yang ada banyak pokok dan taman-taman adalah lebih sesuai untuk anda. Ramai pembeli kesal setelah membeli rumah yang jauh daripada tempat kerja.

Sistem Pengangkutan
Salah satu faktor yang penting adalah sistem pengangkutan. Adakah lokasi rumah yang ingin anda beli selalu ada kesesakan jalanraya? Adakah ianya dekat dengan LRT atau stesyen bas?

Persekitaran yang Selamat
Anda juga perlu memberi perhatian kepada isu keselamatan. Anda pasti risau tentang keselamatan anda dan keluarga anda sekiranya anda tinggal di kawasan dimana indeks jenayah adalah tinggi. Anda boleh membuat survey dengan mengkaji jenis penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan persekitaran. Ataupun, anda mungkin lebih minat kawasan yang “gated and guarded”.

Pembangunan Masa Depan
Buat kajian tentang pembangunan masa depan yang dirancang untuk lokasi anda. Kaji sama ada terdapat perancangan untuk membina pusat membeli belah, apartment, bangunan komersial, masjid dan lain-lain bangunan di kawasan yang berdekatan. Cara kawasan di persekitaran rumah anda diperkembangkan pada masa depan akan mempengaruhi harga pasaran rumah anda.

Fikir Tentang Pembeli Masa Depan
Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah anda dalam lima sehingga sepuluh tahun, anda perlu ambil kira harga pasaran pada masa itu. Anda mungkin tidak kisah sangat tentang satu dua faktor negatif mengenai rumah anda tetapi kemungkinan pembeli lain tidak berkongsi pendapat yang sama dengan anda. Sekiranya anda memilih lokasi yang baik, nilai rumah anda akan naik dan anda akan mendapat untung yang banyak apabila menjual rumah anda kelak.

Nota Penting: Anda boleh ubahsuai rumah anda supaya ianya lebih menarik TETAPI anda tidak dapat anda tidak dapat membuat perubahan kepada persekitaran anda!

Pinjaman Rumah Baru & Refinance

Pinjaman Rumah Baru & Refinance

Pusan Sehenti Pinjaman Perumahan

Sama ada matlamat anda adalah untuk mendapat pinjaman perumahan untuk rumah baru, pembiayaan semula (refinance) atau ingin cash out ekuiti rumah, kami sedia membantu. Dengan rangkaian bank yang luas dan kepakaran serta pengalaman kami, anda tidak perlu lagi mencari pinjaman perumahan yang sesuai dengan melawat setiap bank satu per satu.

Melalui perkhidmatan professional yang kami sediakan, anda pasti akan mendapat pakej pembiayaan yang sesuai.

Pembelian Rumah Baru

Kami ada pinjaman yang sesuai untuk anda sama ada anda sedang mencari pembiayaan dengan kadar keuntungan yang terendah, margin yang tertinggi atau tempoh yang paling lama.

Pinjaman perumahan konvensional & islamik untuk pembeli rumah baru

Refinance Rumah

Dengan refinance, anda dapat mengurangkan bayaran ansuran setiap bulan, memendekkan tempoh pembiayaan dan boleh menggabungkan semua hutang lain (debt consolidation).

Refinance (pembiayaan semula) dan manfaat kepada anda

Cash-out Tunai

Perlukan tunai dengan kadar keuntungan yang rendah? Sekiranya anda pemilik rumah, anda boleh mendapat pembiayaan tunai tanpa penjamin dengan menggunakan opsyen cash out.

PEMBIAYAAN PERIBADI

Skim Pinjaman MBSB
Pinjaman Peribadi Potongan Sehingga 80%

MALAYSIA BUILDING SOCIETY BHD (MBSB)

Menawarkan Pembiayaan Peribadi Sehingga RM 300,000.00 dengan tempoh bayaran balik dipanjangkan sehingga 25 tahun. Pakej pinjaman peribadi MBSB tanpa penjamin ini adalah khas untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, polis DiRaja Malaysia serta Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

Mulai 15 Disember 2010, kadar baru bagi pembiayaan adalah mengikut pakej yang diperkenalkan MBSB iaitu PAKEJ WASLAH dan PAKEJ EXEC-i.

PAKEJ WASLAH

  • Berjawatan tetap dan gaji pokok termasuk elaun tetap RM700.00
  • Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, semi kerajaan & GLC*
  • Pembiayaan Sehingga RM200,000 / 20 Tahun
  • Potongan Sehinga 80%
  • Kadar Rata dan tetap - 5.20%
  • Bayaran balik pembiayaan wajib melalui Biro Angkasa
  • Tanpa penjamin. CTOS / CCRISS boleh memohon*

PAKEJ VAGANZA

Berjawatan tetap dan gaji pokok termasuk elaun tetap RM700.00

  • Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, semi kerajaan & GLC*
  • Pembiayaan Sehingga RM200,000 / 20 Tahun

Kiraan Kelayakan Pembiayaan Sehinga 60% dari gaji kasar

  • Kadar Rata dan tetap - 4.90% hingga 5.20%
  • Bayaran balik pembiayaan wajib melalui Biro Angkasa
  • Tanpa penjamin. CTOS / CCRISS boleh memohon*

PAKEJ EXEC-i

  • Berumuh 19 tahun dan tidak melebihi 58 semasa tamat pembiayaan.
  • Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan, semi kerajaan & GLC*
  • Berjawatan tetap dan gaji pokok termasuk elaun tetap RM3,500.00
  • Pembiayaan Sehingga RM300,000 / 25Tahun
  • Potongan Sehinga 60% & Layak Memohon (OVERLAP)
  • Kadar serendah 3.50% hingga 5.30%
  • Bayaran balik pembiayaan wajib melalui Biro Angkasa
  • Tanpa penjamin. CTOS / CCRISS boleh memohon*

Pengeluaran Pembiayaan dan Caj-Caj Dikenakan

  • Yuran Proses (3% dari Jumlah Pinjaman)
  • Duti Setem RM50
  • Insuran perlindungan Takaful (mengikut umur dan jumlah pinjaman)
  • 1 Bulan sekuriti deposit (dikembalikan setelah pinjaman selesai)
  • Bayaran kepada Jabatan insolvensi – carian bankrupt (RM12)
  • Amanah Raya Berhad (RM350)

Pengeluaran pinjaman dintara 92% sehingga 95% (bergantung kepada umur dan jumlah pinjaman)

Dokumen Diperlukan

  • 2 salinan kad pengenalan, (Disahkan Majikan)
  • 2 salinan kad kuasa polis (kakitangan PDRM)
  • 1 bulan slip gaji asal terkini beserta 2 salinan (Salinan perlu pengesahan majikan)
  • 2 salinan slip gaji 2 bulan terkini selain slip gaji di atas (dokumen perlu pengesahan majikan)
  • Bil utiliti seperti bil air, bil telefon, bil elektrik dll
  • 2 Salinan depan buku akaun bank (disarankan akaun Maybank terbaik)
  • Penyata Penyelesaian awal “Redemption Statement” jika perlu
  • Surat option pencen 58 tahun, (dokumen perlu pengesahan majikan) jika perlu

Kad Kredit Islamic Bank Rakyat

Kad Kredit Islamik Bank Rakyat

JOM APPLY JOM !!!


Kad Kredit i-Bank Rakyat adalah kad kredit islamik yang mengamalkan konsep Tawarruq.

Quote:
Definisi Tawarruq:

Tawarruq adalah pembelian komoditi secara tangguh samada secara jualan terus ataupun Murabahah. Komoditi ini kemudiannya dijual kepada pihak ketiga (pihak yang lain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.
Kelebihan dan Keistimewaan Kad Kredit i-Bank Rakyat

1. Tiada yuran tahunan
Kalau tak pakai selama 1 , 2 or 3 tahun selama mana pun anda tidak akan di kenakan caj!!

sila refer petikan dari akhbar thestar

Petikan dari akhbar thestar menunjukkan cuma Kad kredit islamic bank rakyat sahaja yg mengecualikan pembayaran cukai kerajaan RM50


2. Tiada elemen berganda (Islamic card)
Bermakna,sekiranya anda mempunyai outstanding,interest hanya akan diambil berkadar pada hutang utama anda,dimana sekiranya anda tidak menjelaskan hutang termasuk interest pada bulan pertama hutang,interest kali kedua akan diambil berdasarkan hutang utama sahaja,tidak akan termasuk dengan kadar interest bulan pertama anda yang tertunggak.

3. Kadar Interest Tahunan yang makin berkurang dan berkurang
Kredit card ni start dengan 18% setahun untuk outstanding. Sama macam kredit card lain, Apa yg menarik adalah selepas 9 bulan maintain kad dalam keadaan baik (bayar outstanding dengan cantik dan sebagainya) interest akan turun jadi 16%

3 bulan selepas tu,iaitu 1 tahun lepas pakai,interest turun lagi kepada kadar 13.5%,
Dan jika anda jadi pembayar yang bagus, kurang lagi 1% jadi 12.5%

Jika anda ada pembiayaan atau apa² akaun berkaitan dengan bank rakyat, interest tolak lagi 1% jadi 11.5% interest tahunan,itu belum kira lagi rebat yang akan anda perolehi!!

4. Perlindungan takaful keluarga percuma dan juga khairat kematian.
Perlindungan termasuk jaminan pembiayaan yang belum dijelaskan melalui penggunaan kad kredit ini. - Waris tak perlu risau kerana semua outstanding (baki kad kredit belum jelas) akan di lindungi oleh takaful jika pemegang kad kredit meninggal dunia.

Untuk melihat berita mengenai waris terima khairat kematian dari Bank Rakyat, sila KLIK SINI


Petikan dari AKHBAR UTUSAN waris pemegang
kad kredit-i Bank Rakyat terima RM1,000


5. Mata Umrah/Percutian
Setiap penggunaan rm10 daripada kad ini,akan diberikan 1 mata ganjaran,dan mata ganjaran ini boleh ditukarkan kepada pakej umrah atau percutian atau wang tunai.

6. Rebat keuntungan (tabung umrah/melancong)
Rebat akan diperolehi sekiranya pengguna mempunyai rekod pembayaran baik,ataupun ada menggunakan lain-lain kemudahan pembiayaan di bank rakyat.

7. Pembayaran zakat
Kad ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran zakat.

8. Tidak boleh di caj di mana-mana kaunter tidak halal.
Kad ini mengaplikasikan konsep islamic,dengan itu caj dimana-mana kaunter tidak halal tidak akan dapat dilakukan.

9. Pengiktirafan seluruh dunia
Kad ini diperakui di seluruh dunia(worldwide recognized)


TERBARU di BANK RAKYAT!!! Buat BALANCE TRANSFER kad konvensional anda kepada Kad Kredit i-Bank Rakyat dengan kadar yang istimewa!!!


Untuk melihat Senarai Syarikat yang mengambil bahagian untuk SKIM ANSURAN MUDAH 0% KAD KREDIT I-BANK RAKYAT, sila klik SINI

YURAN DAN BAYARAN

Kad Kredit Public Bank ESSO MOBIL Visa Gold

Kad Kredit Public Bank ESSO MOBIL Visa Gold

JOM APPLY JOM !!!


KEISTIMEWAAN


FREE FOR LIFE !!! No Annual Fees
  • NIKMATI REBET TUNAI SEBANYAK 8% DI MANA-MANA STESEN SERVIS ESSO ATAU MOBIL DAN JUGA PEMBELIAN RUNCIT
  • PERCUMA INSURANS KEMALANGAN PERIBADI SEHINGGA RM20,000
  • TIADA YURAN TAHUNAN SAMPAI BILA-BILA
  • BERPELUANG MENYERTAI PUBLIC BANK DOUBLE BONUS OVER @ MILLION CONTEST



Anda akan dapat tunai rm20 apabila berbelanja rm400 keatas sebulan selama 2 bulan!!!


pb.jpg






KEMUDAHAN LAIN

Anda boleh membuat balance transfer kredit ke kad ini dan nikmati 0% interest. Sila rujuk flyers


Anda juga berpeluang mendapat kemudahan FLEXI PAY iaitu kemudahan pembayaran secara ansurans dengan 0% interest!!


UNTUK MEMOHON:
utk keterangan lanjut layari ejenloan.blogspot.com atau email ke ejenloan@yahoo.com/ hubungi.EN AZIL: 012-7752839.TQ

Syarat baru kad kredit





Nor Shamsiah Mohd. Yunus menyampaikan taklimat mengenai garis panduan baharu kad kredit di Bank Negara,


KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan syarat-syarat baharu lebih ketat berkuat kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit.

Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan itu, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.

‘‘Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.
‘‘Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.

‘‘Selain itu tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan,’’ kata kepada pemberita selepas memberikan taklimat mengenai garis panduan baharu kad kredit di sini hari ini.

Nor Shamsiah berkata, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad berkenaan tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar.
‘‘Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu itu,’’ jelasnya.
Pada masa ini, pemegang kad kredit di Malaysia adalah seramai 3.2 juta orang dengan 50 peratus adalah mereka yang berpendapatan kurang dari RM36,000 setahun.

Nor Shamsiah menjelaskan garis panduan baharu itu merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan berhemat.
‘‘Kami melihat terdapat aliran peningkatan dalam hutang isi rumah yang disebabkan oleh kad kredit tetapi ia tidak membimbangkan. Perkembangan ini, bagaimanapun perlu dikawal supaya tidak menjadi lebih buruk.
‘‘Pengenaan syarat-syarat baharu juga bertujuan menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kad kredit,’’ kata beliau.

Pada masa yang sama, pengeluar kad kredit juga ditegah menaikkan had kredit dan menawarkan pendahuluan dalam bentuk cek berbayar tanpa dipohon dan mendapat persetujuan pemegang kad terlebih dahulu.
‘‘Pengeluar kad dikehendaki menyediakan lembaran penzahiran produk (produk disclosure sheet) yang mempunyai maklumat penting, yuran dan tanggungjawab pemegang kad dengan jelas,’’ katanya.

Berita semasa di petik dari Akhbar Utusan Malaysia.