"Nak pinjam ke tak nak pinjam..."
Ianya merupakan persoalan yang kadang kala sukar untuk dijawab oleh kebanyakan individu. Kebanyakan daripada kita akan perlu meminjam untuk membeli kereta pertama atau rumah pertama malahan ada antara kita yang meminjam untuk berkahwin. Sebagai golongan pengguna ramai di antara kita yang tidak tahu prinsip asas meminjam. Informasi di bawah ini menerangkan beberapa komponen utama di dalam proses meminjam.
Apakah komponen utama pinjaman?
Semua pinjaman, sama ada pinjaman kereta, pinjaman rumah atau pinjaman peribadi, terdiri daripada tiga komponen utama:
* Kadar faedah
* Cagaran
* Tempoh
Kadar faedah
* Kadar faedah ialah caj yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kerana menggunakan duit mereka.
* Biasanya kadar faedah ditunjukkan dalam bentuk peratusan daripada jumlah pinjaman dalam setahun.
* Faedah yang dikenakan berdasarkan pengkompaunan (iaitu faedah-atas-faedah) dan ia boleh terdiri daripada pengkompaunan tahunan/ bulanan/ harian (satu lagi istilah yang digunakan ialah kiraan atas baki tahunan/bulanan/harian).
Terdapat dua jenis kadar faedah
* Tetap
* Boleh ubah
Kadar tetap
Tetap dan tidak berubah. Jika kadar faedah tetap ialah 6% setahun, ia akan kekal 6% setahun sepanjang tempoh pinjaman.
Kadar boleh ubah
Boleh bertukar mengikut masa dan biasanya ditetapkan pada kadar pasaran standard, seperti Kadar Pemberian Pinjaman Asas, BLR (BLR terkini = 6.75%). Sebagai contoh, anda mungkin mengambil pinjaman dengan kadar boleh ubah pada BLR + 1%. Ini bermakna, anda perlu membayar tambahan satu peratus kepada BLR atau berjumlah 7.75% setahun.
Jenis-jenis pinjaman
Bercagar
* Ini merujuk kepada sama ada pemberi pinjaman menghendaki anda mencagarkan aset, biasanya dirujuk sebagai cagaran, untuk menjamin pinjaman anda.
* Jika anda mempunyai pinjaman bercagar, bermakna pemberi pinjaman anda boleh merampas aset jika anda mungkir menjelaskan hutang pinjaman.
* Oleh kerana terdapat cara alternatif pembayaran balik, faedah dalam pinjaman bercagar adalah lebih rendah berbanding dengan faedah pinjaman tidak bercagar.
* Apabila anda membiayai pembelian kereta anda melalui pinjaman bank, anda sebenarnya adalah penyewa (bukan pemilik) kereta yang anda pandu sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman anda.
* Begitulah juga dalam kes pinjaman rumah, bank akan memiliki 'tuntutan pemilikan' terhadap rumah tersebut sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman rumah.
Tidak bercagar
* Dalam pinjaman tidak bercagar, tiada aset yang boleh dirampas oleh bank jika mungkir membayar balik pinjaman.
* Pinjaman tidak bercagar selalunya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman bercagar.
* Untuk mengurangkan risiko, institusi pemberian pinjaman kadang kala menghendaki orang ketiga menandatangani perjanjian bagi pinjaman tidak bercagar atau menjamin jumlah pinjaman.
Tempoh pinjaman
* Tempoh suatu pinjaman ialah jangka masa peminjam perlu membayar balik pinjaman.
* Kebanyakan pinjaman peribadi/kereta mempunyai tempoh 3 ke 9 tahun, manakala tempoh pinjaman rumah adalah jauh lebih lama dan biasanya boleh mencapai sehingga 30 tahun.
* Tempoh adalah jangka masa maksimum untuk peminjam membayar balik pinjaman mereka, pinjaman juga boleh dijelaskan sebelum tempoh tamat.
Prinsip asas meminjam
Berikut adalah beberapa prinsip asas meminjam.
Prinsip 1: Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan - bukan yang anda mahukan.
Anda hanya perlu meminjam untuk suatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidak mempunyai duit tunai untuk membayarnya. Sebagai contoh, untuk membeli rumah, untuk membiayai pendidikan lanjutan anak-anak dan untuk membeli sebuah kereta.
Prinsip 2: Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik.
Ramai orang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka bahawa ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal. Tidak perlu dikatakan, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan.
Adalah disarankan bahawa seseorang patut menghadkan jumlah bayaran balik pinjaman kepada kurang daripada 1/3 pendapatan kasarnya.
Prinsip 3: Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai
Aset yang susut nilai adalah harta yang hilang nilainya mengikut masa, seperti kereta (melainkan jika anda melabur dalam kereta klasik), perabot dan kebanyakan barang dan peralatan rumah. Barangan ini akan susut nilai dengan cepat sementara pinjaman anda berkurangan dengan agak lambat. Dalam situasi di mana anda tidak dapat menjelaskan hutang, barangan tersebut akan dirampas dan anda mesti menambah nilai yang kurang kerana aset susut nilai anda tidak cukup untuk menjelaskan baki pinjaman.
Cuba membeli barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli (melainkan ia akan menguntungkan perniagaan anda!)
Prinsip 4: Elakkan Daripada Menjadi Penjamin
Sseeorang penjamin bertanggungjawab menjelaskan pinjaman dalam hal apabila peminjam mungkir membayar balik pinjaman atas apa sahaja alasan. Melainkan seorang itu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab ini, elakkan diri anda daripada menjadi penjamin.
Prinsip 5: Peminjam Mempunyai Komitmen Moral dan Mutlak Untuk Membayar Balik
Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar balik, berbincanglah dengan pemberi pinjaman agar dapat membuat pelan bayaran balik yang munasabah tetapi jangan sesekali diam atau lari dari membayar hutang pinjaman. Jika anda merasakan tidak mampu untuk membayar hutang pinjaman maka elakkan diri dari meminjam.
Kesimpulan
Jika anda perlu pinjam, pinjamlah! Walaubagaimanapun, pastikan anda sudah jelas memahami prinsip-prinsip meminjam sebelum memberi komitmen padanya. Setelah anda meminjam, hakikatnya anda telah membuat komitmen untuk membayar balik dan pastikan diri anda, sebagai seorang yang bertanggungjawab, menunaikan komitmen tersebut pada setiap masa.
Wednesday, April 21, 2010
Monday, March 1, 2010
Penggunaan Kad Kredit Yang Baik
Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
· Ingat, kad kredit bukan wang percuma
· Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
· Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
· Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
· Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
· Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.

Pengurusan Wang Dalam Dompet
Wang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. tanpa wang amat sukar untuk mendapatkan apa sahaja yang dihajat. saya rasa amat penting untuk menguruskan wang yang kita dapat tiap-tiap bulan dari gaji atau pun elaun dari ibubapa
oleh itu saya telah membuat sistem saya sendiri tentang pengurusan wang. ia terbahagi kepada 4 bahagian
1. akaun tunai
2. akaun bank
3. akaun tabung
4. akaun dompet
akaun tunai akan merekodkan segala urusniaga tunai samaada terima duit atau belanja duit dan baki pada akhir urusniaga manakala akaun bank pulak merekodkan segala urusniaga di bank samaada terima duit atau belanja duit dan baki pada akhir urusniaga.
akaun tabung adalah untuk merekodkan jumlah tabungan yg dibuat pada tiap2 bulan. ia direkod berdasarkan bilangan keping syilling & wang kertas. manakala akaun dompet akan menyemak kedudukan wang yg ada pada tiap-tiap bulan agar kita dapat tahu berapa baki yg tinggal dlm dompet. dari situ kita dapat mengesan samaada duit hilang atau jumpa duit yg bukan hasil dari pendapatan kita
harap anda dapat memahami kerana saya menggunakan konsep prinsip akaun yg mudah.
sekian wasalam

Thursday, February 18, 2010
Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda?
1 – Pengurusan Risiko
Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5,000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Insurans hayat. Mengapa insurans itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian atau cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda.
2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit?
Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :-
+ Pendapatan Bersih Bulanan
(-) Pembayaran Bulanan untuk Pinjaman
(-) Perbelanjaan Bulanan _____________________
= Baki Positif (Surplus) atau Baki Negatif (Defisit)?
Kalau ada surplus (+), ini bermakna anda mempunyai lebihan wang yang tidak dibelanjakan dan wang ini boleh digunakan untuk membayar lebih kepada baki hutang kad kredit anda. Kalau baki defisit (-), maknanya anda berbelanja lebih dari pendapatan anda i.e berbelanja lebih dari kemampuan anda. Jadi, tidak hairanlah anda berhutang kad kredit!
Apabila mempunyai baki defisit, anda perlu mengambil tindakan secepat yang mungkin, sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih besar seperti gagal membuat bayaran bulanan kepada hutang pinjaman anda dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal bayar!
Antara tindakan yang anda perlu buat adalah :-
a- Kurangkan perbelanjaan semaksima yang boleh terutamanya yang tidak penting.
b- Susun-semua pinjaman sedia ada (re-financing) sebelum anda menghadapi masalah kewangan
c- Tambah pendapatan sampingan jika boleh

Wednesday, February 10, 2010
Tawaran Pinjaman untuk Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun
Keistimewaan Memohon Pinjaman dengan Kami
Kelebihan Pembiyaan PERIBADI-i:
Syarat - Syarat
Kadar dan Payout
Caj Pengeluaran Pembiayaan
Dokumen yang Diperlukan
- Merupakan wakil MBSB yang menguruskan pinjaman bagi pihak anda dari mula hingga duit masuk ke akaun
- Tidak perlu bergegas ke sana ke mari, kami yang akan uruskan semuanya.
- Tidak mengenakan sebarang caj tambahan kepada anda
- Anda senang untuk menyemak kelayakan pinjaman iaitu secara ONLINE, SMS, CHATTING, FAX ataupun PANGGILAN TELEFON
- Keputusan semak kelayakan pinjaman akan diketahui dengan kadar segera
- Keputusan dan penerangan terperinci akan di'email' kepada anda
- Kami akan menghubungi anda samada melalui panggilan telefon, sms ataupun email
- Borang permohonan akan terus sampai ke tempat anda
Kelebihan Pembiyaan PERIBADI-i:
- Pembiayaan sehingga RM200,000
- Kadar pinjaman serendah 4.9%
- Payout 93% hingga 95%
- Tempoh pinjaman sehingga 20 tahun
- Proses pemohonan mudah dan cepat
- Tanpa penjamin. CTOS/CCRIS boleh memohon
- Perlindungan Insuran Takaful
- Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- Pembiayaan sehingga 60%
- Terbuka kepada pemohon di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
- Boleh membuat overlapping (tutup loan lama)
- Menangi Cabutan Bertuah sehingga September 2010
Syarat - Syarat
- Berumur 19 tahun ke atas dan tidak melebihi 58 tahun semasa tamat pembiayaan
- Berjawatan tetap dan gaji pokok RM 700 ke atas termasuk elaun tetap
Kadar dan Payout
- Payout yang tinggi iaitu - 95%
- Kadar Faedah yang rendah: 4.9% (2-15thn) dan 5.2% (16-20thn)
Caj Pengeluaran Pembiayaan
- Yuran Proses (2% dari Jumlah Pinjaman)
- Duti Setem RM50
- Insuran perlindungan Takaful (mengikut umur dan jumlah pinjaman)
- 1 Bulan sekuriti deposit (dikembalikan setelah pinjaman selesai)
- Bayaran kepada Jabatan insolvensi – carian bankrupt (RM12)
- Amanah Raya Berhad (RM350)
Dokumen yang Diperlukan
- 2 salinan kad pengenalan, (Disahkan Majikan)
- 2 salinan kad kuasa polis (kakitangan PDRM)
- 1 bulan slip gaji asal terkini beserta 2 salinan (Salinan perlu pengesahan majikan)
- 2 salinan slip gaji 2 bulan terkini selain slip gaji di atas (dokumen perlu pengesahan majikan)
- Bil utiliti seperti bil air, bil telefon, bil elektrik dll
- 2 Salinan depan buku akaun bank
- Penyata Penyelesaian awal “Redemption Statement” jika perlu
- Surat option pencen 58 tahun, (dokumen perlu pengesahan majikan) jika perlu
Tuesday, February 2, 2010
PERKHIDMATAN JUALBELI TANAH
Salam...anda menghadapi masalah mencari tanah dengan harga yg berpatutan...begitu jua sebaliknya...ingin menjual tanah anda tapi tidak mempunyai pembeli???...kami sedia membantu anda..begitu juga jika anda menghadapi masalah untuk melepaskan sekatan di pejabat tanah...untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di 012-7752839 EN. AZMIR..atau email.. ejenloan@gmail.com / ejenloan@yahoo.com
PROSES /PROSEDUR JUALBELI TANAH
PROSES KERJA PERMOHONAN JUALBELI TANAH
|
Subscribe to:
Posts (Atom)